Skip to content

11 Tahun penantian merebut domain name Achmad.net

Terus terang aku katakan, 11 tahun aku menanti untuk merebut domain name achmad.net ni. Sebelum ni yang aku perasan lebih 2 buyer yang sempat register salah satunya dari negara Indonesia sendiri (almaklumlah nama aku ala-ala Indonesia). Terakhir baru-baru ini dibeli oleh syarikat dari negara China dan dia hanya sempat pegang selama setahun saja.

Bukanlah special sangat dengan domain name ini. Ia hanya sebuah kepuasan seperti memiliki aset saja. Tidak lebih daripada itu. Cuba bayangkan berapa ramai di negara Malaysia dan Indonesia (tidak pasti negara lain) jumlah individu yang ada nama seperti nama saya, Achmad. Dan aku pula berjaya memiliki domain name ini 1 dunia.

Dulu aku pernah usha-usha domain name lebih top Achmad.com tapi ternyata aku tidak mampu memilikinya sebab domain itu dijual dengan harga tinggi dan cukuplah aku hanya memiliki Achmad.net ini.

Ohya! domain name Achmad.org pun aku punya ๐Ÿ˜‰

Memiliki domain name ni seolah-olah seperti aktiviti yang syok sendiri. Tapi sedar tak sedar, sebenarnya ia adalah aset (budak IT saja yang faham). Ianya di menten dengan kos tahunan sekurang-kurangnya RM45 setahun. Tetapi kalau ia mempunyai nilai tinggi dari segi penamaan, ia boleh dijual atau disewa mencecah ribuan ringgit. ROI yang sangat tinggi. Nampak seperti projek suka-suka. Tapi ya lah, siapa yang tahu rezeki masing-masing.

Dulu aku pernah memiliki domain name borneohomestay.com tapi aku terlupa untuk renew, sehingga ia dimiliki oleh syarikat China.

Begitu juga dengan bosku.net, sebelum ini sepertinya tiada nilai. Sehingga trend bossku daripada Najib Razak naik, domain name tu aku tak sempat renew juga. Kini dimiliki orang lain.

So, alhamdulillah hari ini dengan rasminya aku memiliki Achmad.net. Aku pun tak tau apa yang akan terjadi seterusnya. Mana lah tahu, rezeki Allah SWT beri besar dengan impian ini.

Buat ketika ini, aku akan gunakan web Achmad.net ni untuk buat sharing. Share apa-apa benda saja. Ya lah, nama pun My Personal Blog kan.. ๐Ÿ˜‰

Anyway, terima kasih sebab lawat blog aku ni. InshaAllah ada banyak lagi aku akan share maklumat yang mungkin berguna untuk anda semua.

See yeah! Salam Kenal dariku.. Achmad Noorafzam dari Kampung Serusup, Tuaran, Sabah.

Facebook
Published inUncategorized

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *