Skip to content

Projek bubu ikan – Part 1

Last updated on 19/07/2019

Assalamualaikum wbt, Semalam 17.07.2019 (Rabu) aku sempat beli 1 unit bubu ikan di kedai pukat, Tuaran. Harga bubu ikan ni RM46. Diskaun kepada RM38 seunit. Ini bubu aku yang ke 7. Saja aku beli yang jenis ni. Ada pintu masuk ikan kiri kanan. Nampak lagi powerful pula. Tujuan aku beli bubu ikan jenis ni sebab ia jenis mudah alih, mudah urus dan ringan supaya aku boleh kerjakannya walau sendiri. Sebelum ni bubu ikan aku sangat besar, hasil ikan yang masuk memang saiz besar-besar (saiz 1kg hingga 2kg seekor ikan golden snapper). Tapi kekurangan bubu ikan jenis ni sangat besar, berat dan sukar diurus. Lihat gambar di bawah: Saiz bubu ikan di atas lebih kurang 4×5 kaki. Hasil memang puas hati. Tetapi kerja-kerja mengurus sangat rumit dan memerlukan sekurang-kurangnya dua orang pekerja dan kapsiti perahu yang cukup besar agar stabil semasa menurunkan dan menaikkan bubu ikan tersebut.
Facebook
Published inProjek Bubu Ikan

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *