Skip to content

Projek Ketam Lembut – Part 2

[HARI KE-2]

Hari ini 20.07.2019 (Sabtu) selesai menebang pokok separuh kawasan tanah aku. 10 batang pokok besar berjaya tumbang. Ranting-ranting dikumpul dan daun dibiarkan mati supaya mudah dibakar esok lusa.

Semasa kerja-kerja menebang, terjumpa kulit ular. Saiz agak besar juga. Memang ular tu pun sedang membesar, kalau tidak takkan ular tu mahu bertukar kulit.

InshaAllah, esok pagi aku dan orangku rehat dulu. Mahu reward diorang ke Tamu Tuaran cuci mata. Mungkin sebelah petang atau lusa kami akan sambung kerja-kerja menebang dan pembersihan tapak projek ketam lembut ini.

Doakan yang baik-baik untuk kami ya.. Terima kasih.

Published inProjek Ketam Lembut

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *