Skip to content

6 TIPS UNTUK BERUNDING (NEGOTIATE)

6 TIPS UNTUK BERUNDING (NEGOTIATE)

Satu perkara yang ramai orang tak suka ialah berunding (negotiate). Sebagai usahawan, kita tak boleh lari. Kita berunding dengan supplier. Kita berunding dengan rakan kongsi. Kita berunding dengan pekerja. Dan, kita juga berunding dengan pelanggan.

Tip #1. Semua perkara boleh dirundingi, kecuali mati. Ingat betul-betul perkara ini. Usah cepat-cepat lari apabila berhadapan dengan tawaran yang kita tak suka.

Negotiate. Kompetensi ini mesti ada pada semua usahawan. Kalau takut dan malu nak berunding, usah jadi usahawan. Serious.

Tips #2. Sewaktu berunding, gunakan dua mimik muka, iaitu terkejut dan senyum. Contoh, apabila vendor memberikan sebut harga yang tinggi, buat terkejut, “Hawat mahai sangat ni cik ooooi!”

Apabila kita buat begitu, vendor akan tersentak dan cepat-cepat mahu berunding. Selain itu, senyum apabila pihak di sebelah sana bercakap.

Apabila kita senyum tanpa berkata apa-apa, dia akan jadi resah. Dalam keadaan ini, dia akan revise proposal sendiri tanpa kita bercakap apa-apa.

Tip #3. Ketahuilah sebahagian besar orang cuba nasib dengan meminta yang tinggi. Nasib baik, dapat. Sebahagian besar pemohon kerja letakkan “expected salary” jauh lebih tinggi dari yang dia sebenarnya mahu. Potong!

Tip #4. Pastikan kita ada maklumat sesuatu yang nak dirundingi. Sebagai contoh, “Saya berpendapat harga yang diberikan ini terlalu mahal. Saya tahu Syarikat ABC membekalkan bahan mentah yang sama kepada Syarikat XYZ kadar harga 50% daripada harga ini.”

Atau, “Pengalaman saya dulu, kerja ini boleh disiapkan dalam masa dua minggu; bukannya dua bulan.”

Tip #5. Usah tinggi suara. Apabila kita tinggi suara, orang tahu kita sudah hilang imbangan. Orang yang hilang imbangan senang ditolak ke tepi. Pastikan kita senyum, pandang ke muka di pihak sebelah sana dan gunakan bahasa yang lembut tetapi tegas. Belajar seni asertif.

Tip #6. Sekiranya pihak di sebelah sana enggan berganjak dan kita sendiri sudah tidak lagi boleh “memberi,” katakan, “Teirma kasih kerana memberikan masa untuk kita berbincang. Bagaimanapun, saya tak nampak bagaimana kita dapat mencapai satu keputusan yang memuaskan hati kedua-dua belah pihak. Saya minta maaf.” Bangun dan tamatkan perbincangan.

Sekiranya dia ada tawaran, dia akan minta kita duduk semula. Sekiranya tidak, cari orang lain. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum!

Tulisan ini telah disiarkan dalam Facebook Norizan Bin Sharif pada 22 Julai 2017.

Published inArtikel Nobisha

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *