Skip to content

Projek Ketam Lembut – Part 4

[HARI KE-4]

Alhamdulillah pagi hari yang sangat baik, cuaca yang sejuk, lembab dari embun. Hari ini 23.07.2019 (Selasa) setakat jam ini 9.23 pagi kerja membuat shed/sulap diteruskan. InshaAllah tanam tiang hari ini selesai.

Hari ini mungkin keadaan kerja agak perlahan sebab cuaca semalam hujan lebat dan keadaan tanah becak.

Pagi ini juga InshaAllah saya akan membeli sekurang-kurangnya 15 buah pokok anak cili padi untuk ditanam di kawasan ini. Tujuannya sementara menunggu Projek Ketam Lembut ini siap, InshaAllah pokok cili padi juga mungkin matang dan boleh dituai.

Saya juga ada membeli sekurang-kurangnya sebungkus benih sayur kangkung RM5 sahaja yang mungkin boleh mencecah lebih 100 pokok sayur. Ini juga akan ditanam secara serentak di tempat berasingan dengan tujuan yang sama.

Published inProjek Ketam Lembut

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *