Skip to content

Projek Ketam Lembut – Part 5

[HARI KE-5]

Alhamdulillah hari ini 24.07.2019 (Rabu), progres membina shed/sulap sudah berdiri seperti di gambar. Boleh dikatakan 30% siap.

Besok kerja-kerja ini akan bersambung dimulakan dengan pemasangan gelagar lantai.

Hari ini agak sedikit kecewa dengan urusan yang tidak mencapai apa yang sepatutnya apabila rancangan untuk turun ke laut hanya separuh jalan. Sebelum ini orang-orang laut saya tidak dapat turun laut sebab masih ada kerja-kerja lain diberi oleh abang kakak saya. Sangat membantutkan perjalanan urusan-urusan menangkap ikan. Maka emosi saya pun bergelora macam ombak di laut.

Pun begitu, saya tenangkan fikiran dengan melihat anak-anak pokok cili padi yang saya rancang untuk diusahakan juga di tanah tersebut bersama-sama Projek Ketam Lembut ini. Setakat ini sebanyak 18 buah anak pokok cili padi yang ada. InshaAllah akan ada lagi anak-anak pokok cili padi yang akan disemai berperingkat.

Published inProjek Ketam Lembut

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *