Skip to content

Projek Tanaman Cili Padi – Part 1

[HARI PERTAMA]

Assalamualaikum wbt, hari ini 25.07.2019 (Khamis) aktiviti diteruskan dengan Projek Tanaman Cili Padi.

Sungguhpun dikira banyak projek yang saya akan laksanakan tetapi InshaAllah ini adalah kerja-kerja yang penat sekali sahaja InshaAllah akan membawa kesenangan apabila ia sudah berjaya. Kita usaha seterusnya doa dan tawakal kepada Allah SWT.

Tadi sempat singgah di kedai pertanian Tuaran Kimia di CKS Plaza Tuaran. Saya beli beberapa kit permulaan untuk memulakan Projek Tanaman Cili Padi ini. Di antaranya adalah:

  1. Tray semaian
  2. Medium cocopeat
  3. Hand sprayer
  4. Ezigrow 250ml; dan
  5. Racun serangga perosak organik

Sebelum ini saya telah membeli 15 anak pokok cili padi berlainan umursetiap pokok (sebab ada perbezaan ketinggian dan pertumbuhan). Sedar daripada itu, saya berhasrat untuk membuat semaian sendiri supaya senang mengurus pertumbuhan tanaman pokok cili padi tersebut.

Seperti rancangan saya sebelum ini, sementara menjayakan Projek Ketam Lembut, saya akan jalankan Projek Tanaman Cili Padi. InshaAllah pejam celik sedar tak sedar Projek Tanaman Cili Padi ini membuahkan hasil.

Berikutan dengan masalah team orang laut saya yang ada gangguan kerja luar, saya terpaksa bertindak untuk mencari jalan tersendiri tanpa bergantung kepda mereka. Almaklumlah mungkin kerja luar lagi lumayan pendapatan daripada turun laut walaupun kos-kos yang sudah dilaburkan mencecah ribuan ringgit. Tapinsaya cuba teruskan untuk projek-projek sendiri tanpa kaitan dan bergantung dengan orang lain.

Baik cukup luahan di situ, sekadar melepas geram di blog ini. InshaAllah doakan usaha ini agar ia berjaya dan membuahkan hasil dan boleh dimanfaatkan.

Published inProjek Tanaman Cili Padi

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *