Skip to content

Erti Cukup dengan apa yang ada

Pernah suatu ketika kawan kawan bawa saya tunjuk rumah besar dengan kereta mewah. Tunjukkan saya gaya hidup mewah. Makan di kedai mahal, pakai handbag mewah dan lain lain.

Semua tu katanya untuk mendorong semangat saya lebih berusaha.

Ada orang dia bahagia ada rumah besar.
Ada kereta mewah.
Ada beg berjenama.

Jiwa saya lain.

Jiwa saya tak berminat pada semua tu. Bila balik ke rumah, saya cakap saya tak nak rumah besar. Berapa lah kena bayar sebulan. Berapa lah kos semua dia bina rumah sebesar itu. Saya cuma mahu beli sebiji rumah untuk hari tua sahaja. Andai Allah bagi rumah bagaimana pun saya terima.

Saya cuma mahu kereta bagi kemudahan saya bergerak sahaja. Memudahkan bukan memberi bebanan kepada saya nanti.

Jiwa saya bukan nak pakai baju mahal, pakai handbag mahal, masuk kedai mahal mahal.

Bukan.

Saya cuma nak bangun pagi bunyi unggas dari hutan, bunyi ayam berkokok menandakan siang. Dekat dengan surau mudahkan ke rumah Allah setiap hari.

Saya cuma mahu bangun pagi tanpa hutang menyesakkan kepala. Saya cuma mahu tidur lena tanpa hutang.

Saya selalu doa ya Allah bantulah aku habiskan hutang hutang ya ada. Izinkan aku memiliki rumah sendiri. Kecil pun cukuplah. Kami hanya berdua.

Saya sudah merasa beli apa sahaja yang saya mahu.

Saya sudah merasa ada banyak barang kemas.

Saya sudah merasa ada banyak simpanan.

Saya sudah merasa banyak nya hutang.

Saya sudah merasa susah nya strugle dalam mengejar kemewahan.

Bahagia nya berbeza bila dalam kesederhanaan.

Perasaan nya sangat lain bila sebut cukuplah apa yang ada syukur banyak dah aku ni. Alhamdulillah

Ianya bukan tentang cita cita kita. Ianya bukan tentang usaha kita.

Semua orang ada cita cita. Saya masih ada impian belum di capai. Saya ingin mengerjakan haji. Saya ingin habis semua hutang yang ada. Saya ingin ada bisnes yang berkembang. Saya ingin ada wisma beli sendiri bangunan. Saya ingin bagi peluang lebih ramai berkongsi rezeki bekerja bersama dalam bisnes saya.

Itu cita cita dan impian.

Saya juga ada target. Jualan bulan ini berapa, target bulan depan kena capai berapa. Ada forecasting company nak buat apa setahun, berapa modal diperlukan.

Itu target.

Saya juga ada misi dan visi. Apa saya mahu untuk company. Apa saya mahu untuk keluarga.

Itu misi dan visi

Saya juga banyak usaha A sehingga Z bekerja bagaimana mencapai semua target, capai semua impian dalam hidup dan bisnes. Saya juga bekerja siang dan malam bagaimana untuk lebih cepat capai apa kita mahu.

Itu usaha

Ianya tentang perasaan sekarang. Tentang apa kita rasa sekarang walau kita tak ada banyak benda pun tetap kita bahagia.

Perasaan yang susah nak dapat. Setiap kali dapat makan, boleh sebut terima kasih ya Allah untuk makanan ini.

Setiap kali boleh bangun, terima kasih ya Allah untuk kesihatan dan izin bangun pagi ini.

Ianya tentang perasaan yang sangat indah. Yang kita tidak paksa untuk memiliki apa orang lain ada. Namun kita menghargai apa yang kita ada.

Kita sudah usaha. Belum capai. Its ok. Alhamdulillah. Esok kita usaha lagi.

Seperti kita bekerja. Di bayar gaji kita cakap terima kasih. Alhamdulillah. Esok usaha lagi masuk kerja dan buat terbaik lagi.

Begitulah perasaan bahagia. Alhamdulillah syukur semua apa yang ada. Bahagia setiap orang tidak sama.

Ada orang bila bercuti baru bahagia. Waktu tidak bercuti dia tak bahagia.

Ada orang ada harta, ada duit banyak, ada kereta mewah, pergi bercuti setiap masa pun dia tidak bahagia. Mungkin dia rasa tak cukup apa yang dia ada.

Level bahagia orang tidak sama. Ada yang bahagia bertani. Ada yang bahagia jaga orang tua.

Banyak jenis level bahagia. Dan kita jadi diri sendiri bahagia bagaimana kita mahu

Morning gais. Selamat bekerja sekuatnya capai apa kita mahu ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Assalamualaikum

Kredit: Facebook Zarini Jaafar

Published inUncategorized

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *