Bagaimana cara aku turunkan berat badan secara konsisten?

Assalamualaikum wbt.. Terima kasih kerana sudi bertandang ke ruangan artikel ini.

Pertama sekali bagi anda yang belum mengenaliku, perkenalkan namaku Achmad Noorafzam seorang pencinta makanan. Aku suka makan. Malangnya semakin aku banyak makan, semakin bertambah berat badan.

Bertambah berat badan sangat memberi kesan kepada hidup aku. Ia menyebabkan diriku menjadi semakin menjadi pemalas untuk melakukan aktiviti yang banyak melakukan pergerakan anggota badan.

Terakhir, beratku 92.5kg. Maaf tiada bukti gambar disertakan ketika menjangkau berat ini.

Awalnya, aku tak kisah tentang peningkatan berat badan seperti itu. Waktu itu aku terlalu berfikiran positif yang tidak bertempat.

“Alah. Dahulu aku kurus kering, tak cukup berat. Kali ini biarlah membawa kenangan gemuk sampai 100kg.”

Rupa-rupanya hasrat mencapai 100kg tidak kesampaian apabila satu ketika aku berasa tidak sedap badan. Aku berasa badan agak lemah-lemah, sakit-sakit sendi dan pening-pening.

Aku seorang yang memang jenis takut sakit. Aku tak sangka sakit itu datangnya akibat daripada amalan pemakanan aku sendiri. Maklumlah, aku belum ada pengalaman sakit kerana terlebih makan.

Okay apa yang berlaku membuatkan aku tekad berjumpa doktor untuk melakukan ujian kesihatan. Antara ujian yang aku lakukan adalah:

  1. Ujian Darah (Kandungan gula dalam darah, kandungan asid urik, lemak di dalam hati, dan buah pinggang).
  2. Ujian air kencing
  3. Ujian ultrasound untuk periksa hati berlemak, hempedu, buah pinggang dan pundi kencing.

Ketiga-tiga ujian ini telah mengesahkan yang aku sedang mengalami masalah kesihatan. Syukur ianya di tahap yang masih boleh dikawal.

Namun, aku berasa ia adalah sebuah ‘turning-point’ untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat.

Sebelum ini, bukanlah aku tak pernah untuk melakukan diet pemakanan yang baik. Tetapi kerana sikap istiqomah dan konsistensi yang asyik terkubir dek nafsu makan sangat rendah mengakibatkan usaha untuk menjadi lebih sihat sentiasa terbantut.

Sebelum ini anak aku pernah cakap “Bapa gumuk macam gajah”. Terguris juga apabila mendengarnya namun hakikat keburukan itu datangnya dari diri aku sendiri.

Baca Keputusan Ujian yang aku telah lakukan di klinik Permai Poliklinik, Kota Kinabalu.

Di saat keputusan ujian darah dan air kencing sudah ada, saat itulah aku berubah. Aku terus tekad untuk mengubah menjadi lebih sihat.

Aku telah mula mengamalkan pemakanan yang sihat, berhati-hati memilih makanan yang bakal masuk ke dalam badanku.

Aku juga telah banyak menimba ilmu kesihatan makanan, bagaimana makanan itu sendiri dapat membantu menyihatkan tubuh badan kita.

Paling penting juga aku telah belajar:

  1. Bagaimana makanan boleh menyebabkan masalah kesihatan berlaku.
  2. Apakah makanan yang perlu dielakkan sepenuhnya bagi mengelakkan masalah kesihatan berlaku.
  3. Jadual pemakanan bagi mengawal insulin dan pembakaran tenaga.

InshAllah aku akan kongsikan cara-cara ini di artikel yang lain. Di artikel ini, aku ingin bagitahu anda bahawa jangan pernah untuk bangga dengan kegemukkan kerana ia menyumbang masalah kesihatan yang teruk.

“Gemuk is not awesome!”

23.04.2021 87kg

 

20.05.2021 83.9kg

 

Hari ini 02.07.2021

 

Aku tidaklah bertungkus-lumus untuk menurunkan berat badan secara drastik kerana aku inginkan ia berlaku secara natural semulajadi.

Lihatlah sendiri di atas, penurunan lebih 12kg ini ternyata bukan mengambil masa sebulan. Jangan pilih untuk cepat semata-mata tetapi kita masih cenderung untuk makan.

Apabila aku ingin mengubah gaya hidup untuk menurunkan berat badan, aku sebenarnya ingin mengubah cara pemakanan terlebih dahulu.

Ini kerana banyak artikel dan video yang aku tontoni, ramai mereka yang berusaha menurunkan berat badan secara drastik akan mengalami stress. Mereka juga cenderung untuk mengambil makanan yang tak sihat. Mereka ini banyak fokus kepada senaman semata-mata untuk membuang kalori.

Membuang kalori semata-mata untuk kurus tidak akan membantu menyihatkan tubuh badan. Kita harus faham, kesihatan kita tidak terletak pada nilai berat badan. Tetapi nilai kesihatan organ dalam badan kita juga. – Achmad Noorafzam

Maka dengan itu, fokus aku untuk turun berat badan bukanlah untuk penurunan berat badan jangka pendek.

Ia juga bukanlah untuk menghukum diri untuk lapar dan kurus semata-mata. Tidak sama sekali!

Tetapi, aku mengubah gaya hidup dengan kaedah membetulkan terlebih dahulu konsep kesihatan di dalam diri, dikuasai dengan saranan agama, dan InshAllah kesihatan juga akan turut betul.

Konsep kesihatan yang aku terapkan adalah berpuasa, bersenam dan makan.

Berpuasa di sini bermaksud memilih jenis makanan yang baik dan memilih waktu makan yang betul.

Kemudian hidupkan saranan agama iaitu lapar itu baik. Lapar mendidik jiwa. Paling penting Rasulullah tidak sentiasa dalam kekenyangan. Syurga dihuni oleh perut-perut yang sentiasa lapar.

InshAllah sekali lagi aku akan cuba kongsikan secara terperinci, bagaimana cara aku turunkan berat badan secara konsisten dengan kaedah mengubah gaya hidup terlebih dahulu.

Achmad Noorafzam, 02.07.2021, Tuaran.

Leave a Reply