Bagaimana makanan boleh menyebabkan masalah kesihatan berlaku

Di dalam artikel ringkas ini, aku akan kongsikan bagaimana sebenarnya makanan boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Makanan adalah sumber penting untuk hasilkan tenaga untuk kegunaan seharian. Tanpa tenaga yang cukup, kita tidak dapat melakukan aktiviti yang sekecil-kecil degupan jantung sehinggalah mengangkat beban yang berat.

Maka, makanan adalah sangat penting untuk tubuh badan kita seperti yang disarankan oleh Allah SWT dan kekasih kita Rasulullah SAW.

Zaman dahulu kala, untuk mendapatkan makanan sumber protein daripada haiwan di hutan perlu memburu terlebih dahulu. Sebelum mereka dapat makan daripada sumber tersebut, tentunya mereka perlu berpeluh. Terkadang buruan tidak kena pada sasaran sehingga lewat malam. Mereka terpaksa berpuasa dan makan dari daun-daun untuk mengisi perut yang kosong.

Lihatlah usaha orang dahulu untuk mendapatkan makanan. Bekerja untuk makan, makan untuk hidup. Hidup pula untuk beramal ibadat.

Lihat pada zaman industri makanan ketika ini. Kita tidak perlu memburu. Kita hanya perlu hidupkan enjin kereta dan tekan minyak ke pasaraya untuk membeli makanan.

Seharian kita hanya keluarkan peluh jika cuaca panas atau aircond dalam pejabat rosak. Berpeluh bukan kerana bekerja berat berbentuk senaman.

Begitulah perbezaan dahulu dan sekarang. Perubahan gaya hidup antara punca masalah kesihatan. Tiada keseimbangan antara makan dan aktiviti badan seharian.

Makanan punca masalah kesihatan

Benar, makanan adalah punca masalah kesihatan. Terlebih makan, salah pilih makan, salah jadual pemakanan.

Rasulullah SAW telah mengajar kita bagaimana makan cari baginda. Baginda hanya makan ketika lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.

Rasulullah SAW juga mengamalkan makanan yang kaya dengan sumber tumbuhan. Salah satu cara dan jenis makanan Rasulullah SAW adalah seperti berikut:

  • Subuh: Rasulullah SAW meminum madu.
  • Waktu Dhuha: Baginda makan dan minum air kurma yang direndam semalaman.
  • Tengah hari ketika lapar: Baginda makan makanan ruji zaman itu termasuk sayur dan makanan sumber haiwan dalam kuantiti bercukupan. Timun dan Labu adalah salah satu kegemaran Baginda.
  • Ketika petang baginda meminum susu, roti gandum dan cuka buah.

Wallahua’lam, di atas adalah hasil bacaan dan carian yang aku dapat di internet. Anda boleh buat carian sendiri untuk lebih tepat sunnah-sunnah Baginda tentang pemakanan.

Mengikut pengalaman aku, rakyat kita akan makan lebih dari 3 kali sehari.

  • Sarapan
  • Minum pagi jam10
  • Makan tengah hari
  • Minum petang jam4
  • Makan malam
  • Makan tengah malam (supper)

Dan ini tidak termasuk makan di antara waktu makan utama dipanggil snacking. Juga tidak termasuk waktu lepak bersama kawan-kawan sekerja semestinya akan makan lagi.

Kira-kira rakyat kita akan makan lebih atau kurang dari 11 kali sehari. Ini yang pernah aku lalui ketika bagiku makan itu syurga dunia.

Tubuh badan manusia hanya memerlukan sedikit makanan. Organ di dalam badan kita juga hanya mampu memproses makanan mengikut had kemampuannya.

Semakin banyak kita makan, semakin tinggi kerja keras organ-organ kita untuk memproses makanan.

Makanan-makanan akan diproses menjadi bentuk tenaga yang disimpan di dalam sel. Namun jika tenaga ini tidak digunakan, maka tenaga ini akan bertukar menjadi lemak. Lemak-lemak ini akan terkumpul di merata-rata bahagian badan kita termasuk di dalam organ yang paling utama adalah hati.

Apabila hati kita terlalu banyak lemak, ia akan mengganggu sistem dalam badan. Ia akan mengganggu hormon-hormon penting untuk menyeimbangi keperluan badan.

Akibat gangguan ini, hati tidak lagi dapat berfungsi dengan baik mengakibatkan berlaku masalah kepada organ-organ yang lain seperti buah pinggang dan jantung.

Kemudian buah pinggang akan mengalami kemerosotan untuk menapis makanan yang kita makan. Kemerosotan ini akan semakin berterusan sehingga buah pinggang kita gagal berfungsi.

Akibat buah pinggang gagal berfungsi, kita akan mengalami masalah lain lagi seperti bahan buangan tidak dapat dibuang dengan lancar. Kencing menjadi sikit dan semakin gagal untuk mengeluarkan kencing.

Sedihnya apabila air-air kotor ini tidak mampu dikeluarkan, akan terkumpul di seluruh badan dan paling teruk akan terkumpul di paru-paru mengakibatkan sesak nafas kerana paru-paru berair.

Kegagalan buah pinggang juga boleh menyebabkan asid urik sejenis bahan buangan yang perlu dikeluarkan jika berlebihan. Jika tidak dapat dibuang atau ditapis dengan baik, asid urik ini akan terkumpul di dalam badan terutamanya sendi mengakibatkan masalah gout.

Masalah-masalah ini secara perlahan akan memberi kesan kepada tekanan darah, lemak-lemak terkumpul di saluran darah jika tidak dikawal. Mengakibatkan masalah jantung.

Akhirnya, jika kita tidak merawat secara semulajadi InshAllah kita akan pergi menemui Ilahi kerana sakit jantung.

“Pakcik tu meninggal kerana sakit jantung”.

Sedangkan pokok pangkal masalah sakit jantung berlaku kerana kita kuat makan, salah pilih makanan, salah jadual pemakanan.

Sebab itu, kekasih kita Rasulullah SAW berpesan bahawa bersederhana. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Tinggalkan 1/3 dari ruangan perut untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 daripadanya untuk bernafas.

Tapi, mungkin anda seperti aku juga. Selagi kita tidak berasa abnormal symptoms di dalam badan kita, selagi itulah kita berlengah-lengah untuk membuat pemeriksaan kesihatan penuh.

Achmad Noorafzam, 02.07.2021, Tuaran.

 

Leave a Reply