Bisnes Digital Laman Web Jenis e-Catalog

Adakah anda adalah seorang peniaga yang menjual barang-barang jenis fizikal seperti pakaian baru atau terpakai (bundle), aksesori lelaki atau perempuan, produk-produk makanan kesihatan, produk sejuk beku dan lain-lain?

Tentu selama ini anda kerap menggunakan platform Facebook (menggunakan personal akaun, bukan page) dan platform Instagram bukan?

Di dalam lingkungan pemerhatian saya berdasarkan pengalaman berkawan dengan orang bisnes IKS di Sabah, platform media paling popular digunakan untuk online marketing hanyalah Facebook.

Hanya 1 daripada 10 usahawan kecil menggunakan Facebook Page. Selebihnya hanya menggunakan Facebook Personal Account sahaja dan ini adalah sangat tidak digalakkan.

Mujurlah ada Facebook Group. Ia menjadi perantara antara akaun Facebook Page dan akaun Facebook Personal. FB Group ini menjadi satu medan jual beli atau tempat meletakkan iklan tanpa had sesuai dengan peraturan yang ditetapkan group admin.

Malangnya, membuat aktiviti jual beli di Facebook Group adalah ikit ‘nasib’ jika kena dengan iklannya dan sasarannya. Tidak semua iklan daripada group akan lalu di wall members yang lain.

Bagaimana pula dengan membuat aktiviti jualan di WhatsApp Group?Bayangkan participants di group whatsapp itu rata-ratanya adalah sellers. Semua nak jual, siapa nak beli? Iklan kita zoooppp hilang nun jauh nak scroll. Dah bercampur aduk!

Masalah ini boleh diatasi dengan memiliki website e-catalog sendiri. Usahawan atau orang bisnes yang tahap ‘NEXT LEVEL’ akan sedaya upaya mewujudkan website bisnes mereka sendiri. Ia lebih berfokus dan tersusun.

Pada tahun 2014, saya pernah memberi khidmat website development kepada sebuah syarikat yang membekal bahan-bahan makanan dan minuman seperti Nata de coco, pearl, milky tea, cups dan mesin.

Kini Cik Jessie telah memiliki sebuah website sebagai tempat untuk display atau showcase barang jualan mereka secara online.

Kini Cik Jessie bersama staf keraninya mengurus pelanggan dan prospek pelanggan mereka dengan mudah.

Apabila syarikat mereka membuat kempen promosi atau pelancaran produk baru, mereka hanya perlu memaparkan di website. Pelanggan setia mereka hanya perlu merujuk update terkini pada website bila-bila masa sahaja tanpa banyak soal. Lengkap!

Kini kerani Cik Jessie sudah tidak perlu menerangkan satu per satu pun!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest

2 Responses

  1. I don’t typically comment on posts, but as a long time reader I thought I’d drop
    in and wish you all the best during these troubling times.

    From all of us at Royal CBD, I hope you stay well with the COVID19
    pandemic progressing at an alarming rate.

    Justin Hamilton
    Royal CBD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pilihan Anda?

Senarai artikel

Belajar Bina Weblog

Subscribe Newsletter