Family, Blogging & Coffee

Covid-19: 3 Langkah Bijak Menjual Di Facebook Untuk Bazaar Ramadhan Online

Tidak lama lagi bulan Ramadan akan tiba. Tidak asing lagi ramai yang akan terkesan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana borang-borang permohonan untuk menyertai gerai jualan bazar ramadan ditutup dan mungkin tidak akan diedarkan lagi. So, sudah tentu para penjaja tidak dapat meneruskan jualan bazar pada tahun 2020 ini.

Namun begitu, saya perhatikan ramai di kalangan programmer sedang bertungkus lumus menyiapkan apps e-Bazar. Tidak ketinggalan juga group-group Facebook untuk jual beli e-Bazar pun sudah banyak diwujudkan.

Logiknya penjaja akan jual makanan di bazar ramadan kepada pelanggan yang majoritinya tinggal berdekatan dan di sekitar tapak bazar ramadan. Yang tak logiknya apabila korang join berpuluh-puluh group FB e-Bazar yang ahlinya tidak berada di sekitar kemampuan yang korang mampu hantar tempahan. Mereka mungkin tinggal di lain negeri atau lain daerah. Ianya tidak relevan dengan target lokasi pelanggan. Korang tak akan ada masa untuk nak COD jauh-jauh, lagi-lagi kalau memerlukan perkhidmatan pos.

Saya ingin kongsi tips bagaimana cara paling berkesan untuk korang buat jualan secara online melalui fb personal (bukan page ya!).

  1. Add Friend seberapa banyak yang korang boleh dapat. Jiran-jiran, ahli keluarga, rakan-rakan yang tinggal di kawasan yang korang rasa mampu terima dan urus order.
  2. Sudah add friend, saya sarankan korang rajin-rajinlah buat posting kat FB korang tentang apa korang akan jual semasa bulan ramadan nanti.
  3. Buat LIVE! Korang tak perlu pun tunggu bulan ramadan baru nak mula menjual. So, bila tiba masa bulan ramadan, mereka semua dah lekat dalam otak yang korang jual menu ayam percik! Itu contoh…

Sebenarnya apa yang korang nak LIVE kan dalam FB tu? Mari saya kongsikan:

  • LIVE cara masak ayam percik
  • LIVE makan ayam percik
  • LIVE tips penting bagi ayam percik sedap
  • LIVE bagi tahu semua friend yang korang akan jual ayam percik online nanti.
  • LIVE sedang memasak ayam percik
  • LIVE sedang bungkus tempahan
  • LIVE sedang membeli barang dapur untuk masak ayam percik.

Korang LIVE hari-hari, biar mereka tau korang jual ayam percik. Sewaktu buat LIVE tu, korang selalu sebut cara nak buat tempahan, berapa harga dan kos penghantaran.

InshaAllah korang akan jadi penjual bazar ramadan online paling berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *