Family, Blogging & Coffee

COVID-19: PKP FASA 3 SEMAKIN LONGGAR. APA HALA TUJU SEBENARNYA?

Syukurlah ada beberapa kelonggaran PKP fasa 3 walaupun agak kontradik sedikit dengan apa yang saya fikirkan.

Berdasarkan data² KKM, sepatutnya PKP3 lebih ketat supaya peratus kes sembuh semakin turun hingga zero kes.

Apa yang terjadi adalah sebaliknya. PKP dilanjutkan, kawalan dikurangkan @ longgar.

Terbaca news daripada China, wujud kes baharu kononnya kes import. ‘Kes import’ setelah dilonggarkan dan membenarkan kemasukan dari luar tanpa tempoh bernafas sehingga benar² pulih.

Sekarang, bayangkan keadaan sebenar PKP3. Agak longgar. Contoh kedai gunting rambut kini dibenarkan beroperasi. Direct physical contact tetap berlaku. Korang rasa?

Saya tidak nampak kelonggaran ini adalah hala tuju sesuai untuk mengurangkan kes baharu.

Mungkin saya overthinking.. tapi saya harap semuanya okay.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *