Family, Blogging & Coffee

Guest Book? Borang Pertama Website Legend Untuk Collect Database Pelawat

Haaa.. Mungkin korang baru pertama kali mendengar Guest Book Form pada website bukan? Gambar di atas adalah borang yang pertama sekali digunakan di kebanyakkan website legend zaman dahulu.

Saya masih ingat ketika saya pertama kali menggunakan platform Yahoo Geocities untuk membina website. Borang Guest Book adalah komponen website yang wajib ada.

Almaklumlah, waktu itu saya beriya-iya mahu kawan-kawan masuk ke website saya pada masa tu. Oh ya! Kononnya nak sangat mereka mengisi borang Guest Book tersebut. Pada masa tu, saya lakukan hanya sekadar suka-suka.

Hari ini, istilah borang Guest Book sudah jarang digunakan lagi. Walaupun begitu, kaedah dan tujuannya masih kekal sama iaitu untuk mengumpul database pelawat. Tujuan utama adalah untuk memberi respon sekiranya pelawat website mempunyai persoalan atau komen. Kini, istilah yang digunakan sekarang adalah Newsletter Subscription (ini mungkin anda biasa dengar).

Baru-baru ini, saya gunakan borang Buku Pelawat pada website client saya. Cuba anda lihat website ini, Madu Kelulut Asli Haji Awang. Literally, saya gunakan ‘Buku Pelawat’. Bunyi macam lebih mesra dan ada feel untuk pelawat yang layari website tersebut.

Anda sudah miliki website? Saya suggest kepada anda yang ingin membuat website, jangan lupa wujudkan borang Buku Pelawat atau apa sahaja istilah seangkatan dengannya. Agar anda dapat gunakan database pelawat untuk mendekati mereka dengan lebih erat melalui interaksi emel. Ia lebih personal dan akan mewujudkan kesetiaan dengan anda. Nak tahu bagaimana?

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *