Family, Blogging & Coffee

Kesilapan No.1 Orang Bisnes Lakukan Sebelum Buat Keputusan Miliki Website

Ramai di kalangan orang bisnes di dunia khususnya di Malaysia beriya-iya mengupah website developer untuk membina website yang mereka ingini sebelum memahami tujuan utama mereka memerlukan website tersebut.

Kesilapan nombor #1 yang orang bisnes lakukan sebelum memiliki website adalah mereka tidak faham tujuan mengapa perlu website.

Disebabkan kesilapan ini, mereka terpaksa menanggung kerugian masa, tenaga dan wang ringgit kerana website mereka itu tidak membawa makna apa-apa pun!

Orang bisnes perlu tahu tujuan mengapa perlu wujudkan website. Website adalah medium pemasaran yang sangat berkesan sejak dahulu hingga sekarang.

Pada era awal kewujudan website, ia dibangunkan hanyalah untuk memaparkan maklumat asas semata-mata seperti:

  • Tentang Syarikat (About Us)
  • Produk & Perkhidmatan (Product & Services)
  • Galeri (Gallery)
  • Hubungi Kami (Contact Us)

Empat(4) halaman atau pages di atas adalah yang biasa digunakan di setiap website perniagaan era dulu kala. 4 jenis halaman ini tidak perlu dikemaskini masa ke masa dan biasanya statik.

Sebab itu, kebanyakkan website dulu-dulu tidak banyak perubahan mengikut trend semasa. Cukup hanya memaparkan maklumat asas tanpa menitikberatkan interaksi dengan pelawat website mereka. Selalunya, design website mereka kurang cantik malah lebih teruk tanpa kemaskini dengan kemajuan teknologi browser terkini.

Itulah kesilapan besar yang dilakukan oleh mereka. 90% atau lebih, pelawat tidak akan layari website mereka untuk kali kedua. Ia satu kerugian!

Apa yang sepatutnya adalah, orang bisnes yang ingin memiliki website perlu memastikan website itu memberi interaksi kepada pelawat. Pegang mereka erat-erat supaya mereka jadi pelanggan setia. Anda untung! Inilah tujuan paling utama kenapa orang bisnes perlukan website.


Selepas anda baca entri ini, saya pasti anda sudah faham perlunya website untuk dapatkan lebih ramai pelanggan setia. Cuma mungkin anda belum yakin dan faham bagaimana nak lakukannya bukan?

Stay tune, subscribe newsletter saya sekarang untuk follow entri penting akan datang. See yeah!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *