Kini Para Instagram Creators bakal menjana pendapatan dengan Instagram Affiliate Program

Kini Para Instagram Creators bakal menjana pendapatan dengan Instagram Affiliate Program

Hari ini, Instagram telah mengumumkan sebuah program hebat yang akan dilancarkan iaitu Program Affiliate, sebuah program untuk para Creators menjana pendapatan di Instagram.

Instagram menyatakan, mereka akan mula membuat fungsi terbaru di dalam aplikasi tersebut yang dinamakan ‘Native Affiliate Tool’ yang mana para Creators nanti boleh memilih produk-produk yang tersenarai untuk dijual dan diiklankan di dalam fungsi tersebut.

Para Creators akan mengiklan dan mempromosi produk-produk itu kepada para followers. Creators juga akan mendapat sejumlah komisen jualan setiap kali salah seorang daripada followers mereka berjaya membeli produk tersebut.

Hmm, nampaknya aplikasi gergasi ini telah mengubah landskap asal Instagram bukan sahaja menjadi medium berkongsi gambar semata-mata, tapi sebagai tempat menjana pendapatan kepada para insta-famous atau influencer.

Leave a Reply